Program Jalinan, Jaringan dan Pengantarabangsaan antara Pelajar dan Guru Sekolah Agama Menengah Tinggi Sultan Hisamuddin Kg Jawa Klang Selangor

Posted in Uncategorized on July 21, 2012 by syakeel

Pada 30hb Mei 2012, seramai 80 orang pelawat bagi Program Jalinan, Jaringan dan Pengantarabangsaan antara Pelajar dan guru Sekolah Agama Menengah Tinggi Sultan Hisamuddin Kg Jawa Klang Selangor telah mengadakan lawatan ke Ma’had Islam Brunei.

Ketibaan rombongan tersebut telah dialu- alukan oleh Ustaz Haji Shamshol Bin Haji Omar, Pemangku Pengetua, Ma’had Islam Brunei dan Ustazah Hjh Norjainah Binti Haji Buntar, Ketua Unit Sekolah-sekolah Arab, Jabatan Pengajian Islam serta pegawai- pegawai dan guru-guru.
Acara dimulakan dengan bacaan Surah al Fatihah yang diketui oleh Ustaz Hj Zimi bin Hj Umar. Kemudian Majlis diteruskan dengan ucapan alu-aluan dan Taklimat Ringkas oleh Ustaz Haji Shamshol Bin Haji Omar, Pemangku Pengetua, Ma’had Islam Brunei. Dalam taklimat tersebut, beliau serba sedikit menerangkan mengenai sejarah ringkas Ma’had, struktur organisasi, pencapaian akademik dan aktiviti- aktiviti kokurikulum. Seterusnya acara diteruskan dengan ucapan wakil rombongan, Puan Saadah Binti Baharuddin, Ketua Sektor Kenaziran, Jabatan Agama Islam Selangor(JAIS).
Majlis diserikan dengan persembahan Nasyid oleh Penuntut-penuntut Tahun 11 dan diikuti pula dengan sesi Pertukaran cenderahati oleh kedua-kedua belah pihak sebagai kenang-kenangan bagi program ini. Bagi memberkati majlis, doa selamat dibacakan oleh Ustaz Haji Zimi Bin Haji Umar.
Majlis kemudiannya diikuti dengan lawatan ke pameran-pameran yang diadakan di ruang legar, Ma’had Islam Brunei dan diakhiri dengan sesi bergambar ramai antara Rombongan pelawat  dan pegawai-pegawai Ma’had Islam Brunei.

‘GREENWAVE’ PROJECT

Posted in Uncategorized on July 21, 2012 by syakeel

On 22nd May, 2012, Ma’had Islam Brunei Tutong has participated in the Greenwave activity. The activity started at 10am Brunei time and involved all Year 5 students of the school. The event initiated with the recitation of Surat Al-Fatihah led by one the teachers. It is then followed by the Administration Deputy Principal handing down the tree – Jacaranda Obtusifolia (Jambul Merak) – to the students for them to plant. The activity ended with the watering of the plant by the students.

PERKUMPULAN MAULUD NABI S.A.W BAGI TAHUN 1433H/2012M

Posted in 100 hours on March 8, 2012 by syakeel

Setiap 12 Rabiulawal seluruh umat Islam di dunia menyambut dan memperbesarkan hari keputeraan rasul junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W. Pelbagai aktiviti dan acara yang diadakan bagi mengingati dan dapat memperingati perjuangan baginda.  Antaranya aktiviti dan acara seperti ceramah keagamaan, perarakan, perhimpunan dan sebagainya.

Banyak kelebihan dan keistimewaan yang dikurniakan oleh Allah S.W.T kepada mereka yang mengadakan atau menghadiri aktiviti dan acara yang Maulidur Rasul ini. Kita selaku umat Islam hendaklah menjadikan Rasulullah S.A.W sebagai contoh tauladan yang baik (Uswah Hasanah) dalam kehidupan kita agar kehidupan kita ini penuh rahmat dan keberkatan dari Allah S.W.T.

Ma’had Islam Brunei merupakan peserta ke-50 perarakan Maulud Nabi Muhammad S.A.W bagi Tahun 1433H/2012M.

Sebahagian dari pegawai dan guru-guru Ma’had Islam yang menyertai perarakan Maulidud Nabi Muhammad S.A.W bagi Tahun 1433H/2012M di Daerah Tutong.

Barisan hadapan, diketuai oleh Yang Mulia Ustaz Haji Shamshol Bin Haji Omar, Pemangku pengetua Ma’had Islam Brunei.

Melintas di hadapan kedai lama Daerah Tutong.

 

Teks:  Cikgu Azmey

MALAM PENUTUP DIKIR MAULUD BAGI TAHUN 1433H/2012M

Posted in 100 hours on March 8, 2012 by syakeel

Sabtu 4hb Februari 2012M bersamaan 11 Rabiulawal 1433 H, rombongan para pegawai dan guru-guru Ma’had Islam Brunei yang diketuai oleh Yang Mulia Ustaz Haji Shamshol Bin Haji Omar bersama-sama rombongan dari Jabatan-Jabatan kerajaan serta penduduk Kampong sekitar Daerah Tutong turut sama-sama menyemarakkan dan memperingati Hari Kelahiran junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W dengan mempersembahkan Dikir Syarafil Anam di Masjid Hassanal Bolkiah Daerah Tutong.

Teks:  Cikgu Azmey

IHYA MAULIDUR RASUL MA’HAD ISLAM BRUNEI

Posted in 100 hours, college on March 7, 2012 by syakeel

Rabu 1hb Februari 2012M bersamaan dengan 8 Rabiulawal 1433H, Ma’had Islam Brunei telah mengadakan malam Ihya Maulidur Rasul. Aktiviti pada malam tersebut adalah bagi sama-sama menyemarakkan dan memperingati Hari Keputeraan Junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W bagi tahun 1433H/2012M.

Antara aktiviti yang berlangsung pada malam tersebut termasuklah bacaan Dikir Syarafil Anam dan Tausyeh oleh para penuntut yang tinggal di asrama dan juga para pegawai serta guru-guru yang berlangsung di Surau ‘A’ Ma’had Islam Brunei. Turut hadir pada malam tersebut ialah para pegawai dari Jabatan Pengajian Islam, Kementerian Hal Ehwal Ugama Negara Brunei Darussalam iaitu Yang Mulia Ustazah Hajah Sinega Bte Haji Swuadi, Ketua Bahagian Institusi Pengajian, Yang Mulia Ustazah Hajah Norjainah Bte Haji Buntar, Ketua Unit Sekolah-Sekolah Arab dan Ustazah Hajah Hamdiah Bte Awang Haji Salleh, Pegawai dari Unit Sekolah-Sekolah Arab.

Para pegawai dan guru-guru yang diketuai oleh Haji Shamshol Bin Haji Omar, Pemangku Pengetua Ma’had Islam Brunei turut sama menyemarakkan malam Ihya Maulidur Rasul bertempat di Surau ‘A’ Ma’had Islam Brunei.

Penuntut asrama blok ‘A’ mempersembahkan Dikir.

Bersemangat...para penuntut asrama blok ‘B’ turut sama mempersembahkan Dikir Asyrakal.

Para pegawai dari Jabatan Pengajian Islam yang turut hadir pada malam tersebut.

 

Teks:  Cikgu Azmey.

LAWATAN KERJA YANG BERHORMAT MENTERI HAL EHWAL UGAMA KE MA’HAD ISLAM BRUNEI TUTONG

Posted in college on March 2, 2012 by syakeel

Khamis, 26 Januari 2012 – Yang Berhormat Pengiran Dato Seri Setia Dr. Haji Mohammad bin Pengiran Haji Abdul Rahman, Menteri Hal Ehwal Ugama membuat lawatan kerja ke Ma’had Islam Brunei. Dalam ucapan Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama, bahawa tugas utama sekolah Arab adalah untuk memberikan didikan ugama yang baik dan mantap di peringkat persediaan dan juga menengah. Keberuntungan para penuntut sekolah Arab kini ialah berpeluang untuk mengambil Sijil Pelajaran Ugama (SPUB) dan sijil “O Level” sekaligus. Selain itu, para penuntut juga berpeluang untuk meneruskan pencapaian  akademik mereka ke peringkat pra-Universiti atau Tingkatan Enam dan dapat menjurus ke bidang-bidang pengajian Arab dan pengajian ilmu-ilmu Islam, atau ke bidang-bidang ilmu umum seperti sains, kejuruteraan, ekonomi dan sebagainya. Pendeknya, menurut Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama lagi sebelum melangkah ke pengajian tinggi, mereka telah pun memiliki asas ilmu-ilmu duniawi dan ukhrawi di sekolah-sekolah Arab.

Mengakhiri ucapan, Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama berharap agar anak-anak dari sekolah Arab akan menjadi anak-anak yang baik, yang berbudi pekerti dan menjaga moral Melayu Islam. Tambah Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama lagi, anak-anak sekolah Arab perlu menjulang imej yang membanggakan bukan hanya dari segi akademiknya, akan tetapi juga dari segi moral dan keolahan mereka. Kebanggaan tersebut bukan sahaja bagi ibu bapa, guru-guru, malah negara juga akan turut merasa bangga dengan anak-anak sekolah Arab.

Pemangku pengetua Ma’had Islam Brunei Yang Mulia Ustaz Haji Shamshol Bin Haji Omar memberikan ucapan alu-aluan sempena lawatan kerja Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama ke Ma’ad Islam Brunei.

Yang Berhormat Pengiran Dato Seri Setia Dr. Haji Mohammad bin Pengiran Haji Abdul Rahman, Menteri Hal Ehwal Ugama memberikan ucapan.

Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama berkesempatan meninjau sesi pengajaran salah seorang tenaga pengajar Ma’had Islam Brunei.

Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama mendengar penerangan dari salah seorang guru disiplin Ma’had Islam Brunei iaitu Ustaz Haji Rosman Bin Jair.

Sessi bergambar ramai

Teks: Cikgu Azmey

DERMA DARAH

Posted in college on November 25, 2010 by syakeel

PADA:  9hb November 2010

HARI:  Selasa

JAM:  0800 pagi

TEMPAT:  Lobi Ma’had Islam Brunei

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.