LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE KAMPUNG SUMBILING, TEMBURONG

DIKENDALIKAN:  U Hjh Azalinah bte Hj Ali Ahmad (Ketua Jabatan Umum) dengan kerjasama Unit Geography.

PADA:  Rabu, 17hb June 2009, cuti musim sekolah penggal kedua.

DISERTAI:  15 orang guru 13 orang penuntut dan selebihnya terdiri daripada rakan dan ahli keluarga rombongan.

OBJEKTIF:

  • Memberi pendedahan dan pengetahuan kepada penuntut secara lebih dekat lagi megenai alam flora dan fauna hutan tropika di negara Brunei Darussalam.
  • Mengeratkan silaturahim dikalangan guru dan penuntut
  • Memberi sokongan kepada kerajaan untuk memajukan industri pelancongan tempatan.

Ahli rombongan berkumpul di jeti Kianggeh sebelum jam 7.30 pagi dan bertemu dengan ketua jurupandu rombongan kami iaitu Mr.Leslie Chang dari HASA INCENTIVES SDN BHD dan menaiki ‘speedboat’ menuju ke Temburong selama 45 minit. Keadaan cuaca tidak begitu baik dan hujan dari Bandar Seri Begawan sampai tibanya kami di Pekan Bangar. Dua buah bas digunakan sebagai pengangkutan kami.Tempat pertama yang kami kunjungi di Pekan Bangar ialah ‘Temburong Tourist Information Centre’ untuk pendaftaran. Di dalam bangunan tersebut terdapat juga pelbagai jenis barang buatan tangan untuk pameran yang menarik dan unik.

Selepas pendaftaran di TTIC, kami membuat lawatan ke Muzium Warisan Temburong yang terletak tidak jauh dari TTIC. Selepas itu, kami menuju dari Pekan bangar ke Kampong Sumbiling Lama. Perjalanan sekurang-kurangnya 20 minit. Sepanjang perjalanan menuju ke Kg.Sumbiling, kami dapat melihat beberapa buah rumah panjang dan lombong batu kelikir iaitu hasil yang terkenal di daerah Temburong.

Diantara pameran yang terdapat di Muzium Warisan Temburong

Diantara pameran yang terdapat di Muzium Warisan Temburong

Kg.Sumbiling adalah sebuah kampong dimana kebanyakan penduduknya adalah puak Iban. Salah satu kawasan di Kg.Sumbiling telah diusahakan dan dijadikan salah satu tempat pelancongan dan dinamakan ‘Sumbiling Eco-Village’. Kawasan tersebut terletak berdekatan dengan sungai Temburong. Untuk sampai ke tempat tersebut, kami perlu berjalan kaki. Tempat tersebut mempunyai beberapa kemudahan seperti tandas, balai serbaguna, balai makan dan balai dapur. Selain Mr.Leslie Chang, orang kampong juga membantu menjadi jurupandu kami. Sebelum memulakan aktibiti, kami terlebih dahulu mengambil sarapan pagi yang disediakan oleh orang kampong. Alhamdulilah, cuaca pada ketika itu sungguh baik dan tidak panas.

Sumbiling Eco Village

Sumbiling Eco Village

Selepas sarapan, kami diberi taklimat oleh ketua jurupandu kami iaitu Mr.Leslie Chan. Sebelum memulakan aktibiti, kami terlebih dahulu diberi tunjuk cara membuat ‘Bamboo chicken’.Kemudian kami dibahagikan kepada 3 kumpulan. Aktibiti pertama kami ialah mendaki bukit dan mengembara didalam hutan yang terletak diseberang sungai. Kami perlu merentas sungai untuk sampai ke tempat tersebut. Walaupun air sungai tidak terlalu dalam, akan tetapi batu-batu didasar sungai sangat licin menyukarkan perjalanan dan kami perlu berhati-hati. Pengembaraan kami pun bermula. Di dalam hutan,banyak tumbuh-tumbuhan yang diperkenalkan kepada kami dan kegunaannya. Selain tumbuh-tumbuhan, kami juga diperkenalkan buah-buah yang terdapat di dalam hutan yang boleh dimakan dan juga merasainya. Sememangnya banyak yang tidak diketahui oleh kami dan dengan cara ini banyak pengajaran yang diperolehi seperti daun yang boleh dibuat sabun, ginseng dan sebagainya. Ketika mengembara di hutan, kami juga mendaki bukit dan merentas sungai iaitu sungai Motong. Pengembaraan tersebut mengambil masa selama hampir 2 jam.

Dalam perjalanan meredah hutan kami ditunjukkan beberapa jenis tanam-tanaman yang terdapat dihutan Brunei.

Dalam perjalanan meredah hutan kami ditunjukkan beberapa jenis tumbuh-tumbuhan yang terdapat dihutan Brunei.

Selepas pengembaraan hutan, kami menaiki temuai dan meneruskan aktibiti iaitu berakit atau ‘Rafting’ menyusur sungai temburong. Sebelum memulakan rafting atau floating, masing-masing diarahkan menggunkan ‘life jacket’ untuk keselamatan. Rakit tersebut diperbuat daripada buluh dan diikat mengunakan tali. Rakit tersebut hanya memuatkan seramai 3 – 4 orang sahaja. Memandangkan rakit yang disediakan sebanyak 3 sahaja dan ahli rombongan pula ramai, maka ada sebahagian ahli rombongan ‘floating’ atau terapung. Pengalaman berakit dan terapung menyeronokan kami semua. Bukan mudah sebenarnya mengendalikan pemanduan rakit. Silap pemanduan boleh menenggelamkan rakit. Begitu juga yang beraksi ‘floating’. Tidak semua pandai berenang tetapi semangat dan keyakinan diri yang kuat membang-kitkan keseronokan dan bermandikan air sungai yang sangat sejuk. Setelah tamat beraksi dan sebelum naik ke darat, masing-masing tidak melepaskan peluang bermain dan mandi di sungai.

Aktiviti berakit menyusur sungai Motong.

Aktibiti berakit menyusur sungai Motong.

Setelah masing-masing membersihkan diri, kami menikmati makan tengahari termasuk ‘Bamboo chicken’ yang rasanya sungguh sedap sehingga ada sebahagian ahli rombongan membelinya dengan harga $5 satu untuk dibawa balik. Selepas berehat dan makan tengahari, kami meninggalkan Kg.Sumbiling pada jam 4 petang. Sepanjang perjalanan menuju ke Pekan Bangar, masing-masing mula terasa penat dan berkongsi cerita mengenai pengalaman masing-masing yang akan menjadi kenangan. Sekitar jam 4.30 petang, kami bertolak dari Pekan Bangar dan sampai di Bandar Seri Begawan jam 5.15 ptg.

One Response to “LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE KAMPUNG SUMBILING, TEMBURONG”

  1. Adi Adham Says:

    Wow! So exiting… I will join together if there are more some actvities like this… Btw good effort of this website.. I like it.. I am the student from mahad year 8a… k

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: