Archive for November, 2008

Educational Trip to OGDC Seria

Posted in Trips on November 21, 2008 by msaccountable
  • When? 15 November 2008, Saturday.
  • Who? Students of Thanawi 4A (Science Stream) & 10 teachers.
  • Objectives:
  • To create awareness on the importance of science and technology.
  • To enchance and develop students’ understanding about the application of science concepts in the curriculum as well as in everyday life.

The visit began with exploring the exhibition area.  Next, we headed for an ‘OGDC TECHNOLOGY CHALLENGE’.  This is the most interesting part where we were divided into 4 groups (3 groups comprising of students and 1 group for the teachers).  Our task was to build (or should I say ‘create) an oil rig which was made up of newspapers.  So, gentle readers, I’ll leave you  with pictures and let the pics tell everything.

tc2

tc3

dsc00656

 

Thank you to OGDC Team for the great hospitality and we are looking forward to join any of your activities in 2009.

PERTANDINGAN MINI TEATER PERINGKAT AKHIR 2008M/1429H

Posted in Uncategorized on November 20, 2008 by syakeel

PADA:   Hari Khamis, 20hb November 2008

JAM:  09:30

TEMPAT:  Dewan Besar Ma’had Islam Brunei

ANJURAN:  Gabungan diantara Bahagian Hal Ehwal Pelajar & Kelab Bahasa Melayu

Lima buah pasukan berjaya masuk keperingkat akhir iaitu kumpulan dari:

  • I’Dadi 1B
  • Thanawi 1B
  • Thanawi 4A
  • Thanawi 4C
  • Kelab Bahasa Inggeris
Peserta-peserta peringkat akhir pertandingan Mini Teater

Peserta-peserta peringkat akhir pertandingan Mini Teater

Pertandingan di juarai oleh:

  1. Kelab Bahasa Inggeris dengan markah 90.5%
  2. Thanawi 4A dengan markah 75%
  3. Thanawi 1B dengan markah 68.5%

SAMBUTAN HARI GURU & HARI PERKHIDMATAN AWAM 2008M/1429H

Posted in Uncategorized on November 20, 2008 by syakeel

PADA:  18hb. November 2008

HARI:  Selasa

JAM:  08:30 pagi

TEMPAT:  Dewan Besar Ma’had Islam Brunei

Dengan paluan hadrah dan Tausyeh Marhaban ketibaan Puan Pemangku Pengetua, Timbalan-Timbalan Pengetua dan Guru-Guru di sambut dengan meriahnya.  Sejurus itu acara pun dimulakan dengan bacaan Ummul Quran oleh Ketua Penuntut, Ak Hj Md Wafiuddin bin Pg Hj Zulkarnain.

Selepas itu diteruskan lagi dengan persembahan Zainul Al Quran (Teranum Al Quran beramai-ramai).

Di ikuti pula ucapan Puan Pemangku Pengetua, ucapan dari wakil pegawai dan kakitangan yang di raikan serta ucapan dari Yang Di pertua Agung Lujnah At-Thullabiyah.

Di antara guru-guru yang mengajar di Ma'had Islam Brunei

Di antara guru-guru yang mengajar di Ma'had Islam Brunei

Diantara persembahan pada pagi itu adalah persembahan lagu koir Lagu Rasmi Ma’had Islam Brunei, lagu rasmi Lujnah At-Thullabiyah, persembahan dari penunutut menengah bawah & menengah atas, persembahan dari PRS Ma’had Islam Brunei dan tidak lupa juga persembahan Tausyeh.

Acara semakin rancak lagi dengan cabutan ‘Guru Bertuah’, di mana beberapa orang guru berpeluang untuk menjawab beberapa soalan.

Di antara persembahan pada pagi itu

Di antara persembahan pada pagi itu

Manakala acara kemuncak adalah penganugerahan ‘Guru Aktif 2008’, di mana ianya di anugerahkan kapada Ustaz Md Zafren bin Hj Md Said.

Guru Aktif 2008

Guru Aktif 2008

Dan diakhiri dengan bacaan doa selamat dan acara bersalam-salaman dengan guru-guru.

PEMERIKSAAN KESIHATAN

Posted in Uncategorized on November 20, 2008 by syakeel

Suntikkan diberikan bagi mencegah penyakit ‘mumps’, ‘polio’ & ‘measles.  Salah satu langkah pihak kerajaan untuk memastikan rakyat hidup sihat.  Tidak ketinggalan diberikan kepada murid-murid disekolah.

Semasa penyuntikan dijalan kan oleh pegawai perubatan

Semasa penyuntikan dijalan kan oleh pegawai perubatan

LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE MUZIUM BRUNEI DARUSSALAM

Posted in Uncategorized on November 20, 2008 by syakeel

Terdiri dari 18 orang penuntut-penuntut dari Thanawi 1A dan beberapa orang guru pengawas.  Mereka juga berpeluang menyaksikan pameran jubli emas Masjid Omar Ali Saifuddien.

Gambar kenangan penuntupenuntut Thanawi 1A & guru-guru pengawas

Gambar kenangan penuntut-penuntut Thanawi 1A & guru-guru pengawas

Lawatan ini adalah salah satu daripada aktiviti-aktiviti akhir tahun Ma’had Islam Brunei.