Archive for February, 2010

KRONOLOGI AWAL PASUKAN KADET TENTERA LELAKI MA’HAD ISLAM BRUNEI

Posted in Uncategorized on February 17, 2010 by syakeel

Pasukan Kadet Tentera Lelaki Ma’had Islam Brunei bermula pada awal tahun 2008 iaitu sekitar bulan Mac, bagi menyahut Tema Hari Kebangsaan Negara Brunei Pada masa itu iaitu ‘Tunas Bangsa’.  Pada bulan Oktober 4 orang pegawai dan guru dari Ma’had Islam Brunei telah diterima menjadi Guru Pengawas kadet Tentera Angkatan Bersenjata Diraja Brunei dan dalam masa yang sama pendaftaran bagi ahli kadet Ma’had Islam Brunei telah di bukakan.  Kemudian pada bulan Disember 2008, 4 orang guru pengawas ini telah menjalani kursus Kawad Kaki dan Tongkat selama 10 hari di Institut Latihan Penanjong Kem.

Pada bulan Januari 2009, bermulalah latihan kawad bagi ahli-ahli kadet pengambilan pertama seramai 43 orang, yang di adakan setiap hari selasa bermula jam 400 petang hingga jam 530 petang.

Antara objektif penubuhan pasukan kadet tentera lelaki Ma’had Islam Brunei ialah:

  • Sebagai salah satu kegiatan luar darjah penuntut Ma’had Islam Brunei, terutama sekali penuntut asrama;
  • Menyahut tema Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam yang ke 24 iaitu Tunas Bangsa (melibatkan penuntut-penuntut yang berumur 12 tahun keatas iaitu Tingkatan 1 hingga 3);
  • Sebagai salah satu elemen untuk mendisiplinkan diri penuntut melalui kegiatan-kegiatan ketenteraan;
  • Melatih penuntut agar sentiasa siap sedia, cergas, komitmen, bertanggung jawab dan berdikari;
  • Mendedahkan penuntut mengenai bidang tugas ketenteraan disamping menanam nilai-nilai murni seperti cintakan keamanan dan kehormonian.

UPACARA PERBARISAN PENUBUHAN PASUKAN KADET TENTERA LELAKI MA’HAD ISLAM BRUNEI

Posted in Uncategorized on February 17, 2010 by syakeel

PADA:  Rabu

TARIKH:  10hb Februari 2010

TEMPAT:  Kawasan Ma’had Islam Brunei

JAM:  0800 pagi

Upacara bermula dengan kehadiran jemputan-jemputan khas, pengetua-pengetua, ibubapa dan penuntut-penuntut, selepas itu di ikuti dengan barisan masuk pasukan kadet tentera lelaki Ma’had Islam Brunei.

Tetamu Kehormat ialah Yang Mulia, Haji Awang Mohd Mahdi bin Pehin Orang Kaya Di Gadong Seri Diraja Dato Laila Utama Haji Awang Abdul Rahman, Setiausaha Tetap kementerian Hal Ehwal Ugama, Negara Brunei Darussalam.

Juga turut hadir ialah Yang Mulia Ustaz Hj Ismail bin Hj Abd Manap, Pemangku Timbalan Setiausaha Tetap, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Negara Brunei Darussalam.

Yang Mulia Laftenant Kolonel (udara) Hj Zainal Abidin bin Hj Yaakup, Pegawai Tugas-Tugas Khas Kepada Pejabat Urusetia Pemerintah Angkatan Bersenjata Di Raja Brunei.

Yang Mulia Cikgu Hj Kassin bin Md Yassin, Pemangku Pengarah Jabatan Pendididkan Kokurikulum Kementerian Pendidikan.

Jemputan-Jemputan Khas, Pengetua-Pengetua dan Ibubapa.

Upacara di akhiri dengan menyaksikan beberapa pameran dan penyampaian cenderahati kepada Tuan Tetamu Kehormat oleh Pemangku Pengetua Ma’had Islam Brunei.

Petikan Berita dari Borneo Bulletin disini

PENUNTUT MITHALI 2009M

Posted in Uncategorized on February 12, 2010 by syakeel

NAMA:  Awang Hazwan bin Hj Salim

Penuntut ini dilahirkan di hospital RIPAS.  Mula memasuki alam persekolahannya di Sekolah Rendah Sungai Kebun Brunei 1 pada tahun 1997 – 2002 dan mendapat pendidikan ugama di Sekolah Agama RAFAS.  Pada tahun 2003, penuntut ini terpilih masuk ke sekolah Persediaan Arab Beribi BSB.

Begitu juga pencapaian penuntut ini dari segi akademik sangat baik samada dalam peperiksaan dalaman sekolah dan peperiksaan bersijil.  Pelajar ini juga pernah mendapat anugerah pelajar terbaik antaranya:

  • Pelajar terbaik sekolah-sekolah bagi persediaan Arab bagi Persediaan 2 tahun 2004
  • Pelajar Ugama terbaik tempat ketiga persediaan 1 sekolah-sekolah persediaan arab 2003
  • Mendapat penghargaan dalam Musabaqah Widiah anjuran SUAMPRIPAD tahun 2006

Dari segi ko-kurikulum pula, penuntut ini juga sering melibatkan diri dalam apa jua aktiviti yang dijalankan samada yang di laksanakan oleh pihak sekolah atau luar sekolah yang bercorak keagamaan, akademik dan sukan antaranya:

  • Interactive academic quiz (MIB & SUAMPRIPAD)
  • Pertandingan dikir Syarafil Anam antara kelas-kelas
  • Pertandingan nasyid sempena awal tahun Hijrah
  • Pertandingan dikir Dabaie
  • Mengikuti kursus skim bimbingan tilawah Al Quran remaja 2004 – 2005
  • Kursus seni membaca Al Quran majlis Al Qurra tahun 2006
  • Musabaqah Tilawatil Quran belia daerah tutong tahun 2009
  • Peraduan zikir dan murattal Al Quran antara kelas-kelas tahun 2009
  • Membuat persembahan Tausyeh dimajlis Tilawatil Quran Belia daerah Tutong 2009.

Pada tahun 2008 dengan rasminya, penuntut ini dilantik oleh pihal sekolah sebagai ketua penuntut MIB, memandang kepada keperibadiannya yang baik, berkahlak mulia dan di senangi oleh kawan-kawan dan guru-gurunya.

PENUNTUT CEMERLANG/TERBAIK 2009M

Posted in Uncategorized on February 12, 2010 by syakeel

NAMA:  Mohammad Khairol Azamain bin Norzelan

Penuntut in dilahirkan di Garrison Hospital Tutong.  Mula memasuki alam persekolahannya di Sekolah Rendah Binturan Tutong pada tahun 1998 – 2002 dan mendapat pendidikan ugama di Sekolah Agama Binturan Tutong.  Pada tahun 2003, penuntut ini terpilih masuki ke sekolah Arab iaitu Ma’had Islam Brunei, Tutong.

Dari segi akademik, penuntut ini sangat cemerlang dalam peperiksaan dalaman sekolah dan peperiksaan bersijil, antaranya:

  • Pada tahun 2004 penuntut ini mendapat keputusan 5 A dalam peperiksaan PSR dan menjadi penerima anugerah murid cemerlang dan terbaik tahun 2005 dari JPI,  KHEU
  • Peperiksaan PMB pada tahun 2007 penuntut ini memperolehi gred yang cemerlang dalam semua subjek dan menerima hadiah cemerlang dari persekutuan Guru-Guru Melayu Brunei (PGGMB) tahun 2008.
  • Pada bulan Julai 2009 penuntut ini juga terpilih untuk mendapat anugerah pelajar cemerlang persekolahan Ugama bagi tahun 2008M

Dari segi ko-kurikulum pula penuntut ini juga sentiasa melibatkan diri menyertai apa jua aktiviti yang dijalankan samada yang dilaksanakan oleh pihak sekolah atau pihak luar sekolah yang bercorak keagamaan, akademik dan sukan antaranya:

  • Kuiz kenali negaraku tahun 2005
  • 14th explomaths pada tahun 2006
  • Forestry Excursion 2004 – 2005
  • kuiz sambutan minggu tenaga tahun 2007
  • International Science Competition And Assessments for Schools 2006 dan 2008
  • 16th explomaths 2008
  • peraduan zikir dan murattal Al Quran antara kelas-kelas tahun 209
  • OGDC Tech Challenge Competition.

Dari segi akhlak penuntut ini mempunyai sifat keperibadian yang mulia dan disenangi oleh kawan-kawan dan guru-gurunya.

PENUNTUT CEMERLANG/TERBAIK 2009M

Posted in Uncategorized on February 12, 2010 by syakeel

NAMA:  Ak Hj Muhammad Wafiuddin bin Pg Hj Zulkarnaen

Penuntut ini telah dilahirkan di hospital RIPAS Bsb.  Mula memasuki alam persekolahnnya di Sekolah Al Falah Bsb pada tahun 1997 – 2002 dan mendapat pendidikan ugama di Sekolah Agama Pengiran Anak Puteri Hafizah Sururul Bolkiah Kg Perpindahan Berakas.  Pada tahun 2003, penuntut ini terpilih masuk ke Sekolah Arab yang bertempat di Sekolah Persediaan Arab Beribi Gadong mulai tahun 2003 – 2006 dan seterusnya melanjutkan di Ma’had Islam Brunei pada tahun 2007.

Dari segi akademik, penuntut ini sentiasa mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan dalaman sekolah dan peperiksaan bersijil, antaranya:

  • Pada tahun 2004 penuntut ini mendapat keputusan 5 A dalam peperiksaan PSR dan menjadi penerima anugerah murid cemerlang dan terbaik tahun 2005 dari JPI, KHEU
  • Peperiksaan PMB pada tahun 2007 penuntut in memperolehi gred yang cemerlang dalam semua subjek dan menerima hadiah cemerlang dari Persekutuan Guru-Guru Melayu Brunei (PGGMB) tahun 2008.
  • Pada bulan Julai 2009 penuntut ini juga terpilih untuk mendapat anugerah pelajar cemerlang persekolahan ugama bagi tahun 2008M.

Dari segi ko-kurikulum pula, penuntut ini juga sentiasa melibatkan diri menyertai apa jua aktiviti yang di jalankan samada yang dilaksanakan oleh pihak sekolah atau pihak luar sekolah yang bercorak keagamaan, akademik dan sukan antaranya:

  • OGDC technology challenge competition pada tahun 2006
  • Pertandingan menghafaz ayat-ayat Al Quran dan surah-surah pilihan sempena Nuzul Al Quran tahun 2004
  • The 16th Explomaths tahun 2009
  • ICAS Maths competition tahun 2009
  • The creative creation for creators competition tahun 2009
  • Pertandingan mini teater anjuran kelab B Melayu tahun 2009
  • Peraduan Zikir dan Murattal Al Quran antara kelas-kelas tahun 2009

Dari segi akhlak penuntut ini mempunyai sifat keperibadian yang mulia dan sentiasa bersopan santun samada dengan orang tua, guru-guru dan rakan-rakan sekolah.

MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH PELAJAR TERBAIK, GALAKAN DAN CEMERLANG BAGI TAHUN 1430H/2009M

Posted in Uncategorized on February 12, 2010 by syakeel

PADA:  Sabtu

TARIKH:  06hb Februari 2010

JAM:  0800 pagi

TEMPAT:  Dewan Besar Ma’had Islam Brunei

Tetamu kehormat pada majlis pagi itu ialah Ustazah Hajah Rusita binti Hj Yahya, Ketua Bahagian Institusi Pengajian Jabatan pengajian Islam, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Negara Brunei Darussalam.

Sejurus kedatangan tetamu kehormat, majlis segera di mulakan dengan bacaan surah Al Fatihah yang di ketuai oleh Abd Qawiyuddin bin Hj Suhaili iaitu pelajar Tahun9B.  Kemudian selepas itu pula persembahan lagu rasmi Ma’had Islam Brunei.

Majlis di teruskan lagi dengan ucapan alu-aluan oleh Ustazah Dyg Hjh Hamdiah binti Awg Hj Salleh, pemangku Pengetua Ma’had Islam Brunei.  Dan di ikuti pula dengan persembahan Nasyid oleh pelajar Tahun 6 dan selepas itu ucapan Tetamu Kehormat.

Selepas ucapan Tetamu Kehormat maka penyampaian hadiah pun di mulakan dengan penyampaian hadiah:

  • Pelajar terbaik melalui penilaian berterusan
  • Pelajar terbaik dalam peperiksaan akhir tahun & kelayakan
  • Hadiah galakan dari bahagian jabatan/unit serta guru matapelajaran
  • Pelajar terbaik keseluruhan dalam penilaian berterusan
  • Pelajar cemerlang dalam PSR, PMB, SPUB, GCE O’Level
  • Guru-guru terbaik dalam peperiksaan bersijil
  • Pelajar cemerlang
  • Pelajar mithali

Majlis di akhiri dengan bacaan doa selamat oleh Adee Aiman bin Hj Muhiddin, pelajar Tahun9C.

Berita petikan Borneo Bulletin boleh di dapati di sini

* Tahniah di ucapkan kepada semua guru-guru dan penuntut-penuntut yang berjaya, sebarang ucapan tahniah boleh lah di buat pada ruangan komen bagi post ini, sekian terima kasih.

PENDIDIKAN JASMANI

Posted in Uncategorized on February 10, 2010 by syakeel

PADA:  Sabtu

TARIKH:  30hb Januari 2010

TEMPAT:  Kawasan Ma’had Islam Brunei

ANJURAN:  Bahagian Ko-Kurikulum



KEMPEN KEBERSIHAN

Posted in Uncategorized on February 10, 2010 by syakeel

HARI:  Khamis

TARIKH:  28hb Januari 2010

TEMPAT:  Kawasan Ma’had Islam Brunei

ANJURAN:  Unit 3K, Bahagian Pentadbiran