Archive for November, 2009

CUTI SEKOLAH PENGGAL KE EMPAT

Posted in Uncategorized on November 30, 2009 by syakeel

Bermula pada 27hb November 2009  sehingga 3hb Januari 2010.

PERJUMPAAN DENGAN IBU/BAPA BAGI MENANDATANGANI REKOD KEMAJUAN

Posted in college on November 28, 2009 by syakeel

PADA:  26hb November 2009

JAM:  0800 pagi

TEMPAT:  Dewan Besar Ma’had Islam Brunei.

MEMBACA SURAH YASSIN SEMPENA PENUTUP PENGGAL PERSEKOLAHAN

Posted in Uncategorized on November 28, 2009 by syakeel

PADA:  Rabu, 25hb November 2009

JAM:  0800 pagi

TEMPAT:  Surau Blok A


AKTIVITI-AKTIVITI DARI SETIAP JABATAN

Posted in college on November 27, 2009 by syakeel

PADA:  23hb November 2009, Isnin

JAM:  0800 pagi

Seperti biasa sebagaimana di tahun-tahun yang sudah, setiap jabatan yang terdapat di Ma’had Islam Brunei mengadakan akitiviti hujung tahun mereka masing-masing.  Cuma bezanya di tahun ini, semua aktiviti-aktiviti di jalankan serentak.  Jabatan-jabatan yang di maksudkan ini adalah Jabatan Umum yang mana terdiri dari unit science, mathematics, geography, history, computer studies dan principal of accounts.  Jabatan Pelajaran Agama Islam, Jabatan Bahasa dan Jabatan Amali & Al Quran.

Bagi Jabatan Umum, aktiviti yang di jalankan ialah menunjuk cara dan mempraktikalkan cara-cara membuat kertas dari kertas-kertas yang terbuang (kitar semula kertas).  Aktiviti ini adalah untuk penuntut-penuntut thanawi 4 yang di awasi oleh guru-guru matapelajaran Umum dan di jalankan di kawasan kantin Blok B.  Tujuan aktiviti ini adalah memberi beberapa idea bagaimana mempraktikkan 3R’s (Reuse, Reduce & Recycle).

Bagi Jabatan Pelajaran Agama Islam pula bergabung dengan Jabatan Bahasa iaitu menjalankan aktiviti ‘Fun Games’.  Aktiviti ini adalah untuk Tahun7 & 8.  Ianya di jalan di dewan besar Ma’had Islam Brunei.

Manakala bagi Jabatan Amali & Al Quran  pula menjalankan aktiviti pertandingan azan subuh iaitu bagi murid-murid tahun 5 & 6.  Yang mana aktiviti ini di jalankan di dalam surau Blok A.

MAJLIS KHATAM AL-QURAN THANAWI 5

Posted in college on November 23, 2009 by syakeel

Pada:  21hb November 2009

Tempat:  Dewan Besar Ma’had Islam Brunei.

Jam:  0730 pagi.

Tetamu kehormat:  Yang Mulia Awg Hj Abdul Aziz bin Hj Akop, Pemangku Pengarah, Jabatan Hal Ehwal Syariah, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Negara Brunei Darussalam.

Majlis ini adalah untuk penuntut-penuntut Thanawi 5 seramai 83 orang penuntut.

Setelah ketibaan tetamu kehormat yang di iringi dengan Nasyid Marhaban, majlis di mulakan dengan para peserta khatam naik ke atas pentas dengan di iringi bacaan salawat.  Selepas itu pula bacaan Surah Al Fatihah yang di ketuai oleh tetamu kehormat.  Di ikuti pula bacaan surah-surah dari penuntut khatam.

Bacaan Takhtim pula di bacakan oleh penuntut-penuntut Thanawi 4.  Manakala doa Khatam di bacakan oleh Hazwan bin Hj Salim.  Selepas itu Dikir Marhaban serta penyampaian sijil dan menabur bunga rampai di mulakan oleh Tetamu Kehormat, para jemputan khas dan seterusnya ibu/bapa penuntut.

Majlis pada pagi itu di sudahi dengan bacaan doa selamat oleh Ak Mohd Wafiuddin bin Pg Hj Zulkarnain.

Laporan dari Borneo Bulletin disini.

TAHNIAH

Posted in college on November 20, 2009 by syakeel

Di ucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada penuntut-penuntut Thanawi 5 yang berjaya mengkhatamkan bacaan Al Quran mereka.  Semoga mendapat keberkatan dari Allah Subhanahu Watala.. Amin.

MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH SERTA SIJIL BAGI PERTANDINGAN MENCIPTA POSTER 2009

Posted in Competation on November 20, 2009 by syakeel

Pada:  Jumaat, 20hb November 2009

Jam:  0800 pagi

Tempat:  Bangunan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Bandar Seri Begawan.

Tahniah buat Muhammad Adi Adham bin Ramlan kerana telah berjaya mendapat tempat pertama pertandingan mencipta poster bagi Kategori B iaitu kategori Sekolah Menengah/Maktab (tahun 7 hingga 11).

Pertandingan adalah di anjurkan oleh Pusat Kerjasama Sains Teknologi dan Alam Sekitar (STEP CENTRE) kementerian Pendidikan dengan sokongan Syarikat Minyak Brunei Shell Sendirian Berhad.  Pertandingan bertemakan ‘Kearah Kehijauan Brunei’ ataupun ‘Towards A Greener Brunei’.  Muhammad Adi Adham menggunakan perisian photo shop dalam mengahasilkan poster nya yang mana menjadi salah satu dari syarat-syarat pertandingan ini.

Manakala tetamu kehormat pada majlis tersebut ialah yang mulia Awang Haji Muhammad bin Jambul, Pemangku Pegawai Tugas-Tugas Khas Kanan/Ketua Bahagian Pendidikan Swasta Kementerian Pendidikan, Negara Brunei Darussalam yang mana juga sudi menyampaikan hadiah kepada pemenang-pemenang.

Pertandingan ini di sertai oleh beberapa buah sekolah rendah, menengah/maktab,  pra-u/vokasional/teknikal dan beberapa sekolah Arab di bawah Jabatan Pengajian Islam seperti SMALHB, Sekolah Persediaan Arab Bandar Seri Begawan dan Ma’had Islam Brunei sendiri.

Tahniah di ucapkan kepada SMALHB kerana berjaya mendapat tempat yang kedua & ketiga dalam Kategori C iaitu bagi kategori sekolah menengah/maktab (pra-u)/ vokasional & teknikal.

KEMPEN KEBERSIHAN KAWASAN KOLAM IKAN

Posted in Uncategorized on November 20, 2009 by syakeel

Pada:  Selasa, 17hb November 2009.

Jam:  0800 pagi

Tempat:  Kawasan Kolam Ikan di depan lobi & Taman Sumber Ilmu.

Kempen kebersihan ini termasuklah mencat semula kawasan kolam ikan tersebut yang mana di kerjakan oleh guru-guru Ma’had Islam Brunei.

EKSPEDISI KE WASAI TERAJA, KAMPUNG BUKIT TERAJA, MUKIM LABI, DAERAH BELAIT

Posted in Trips on November 20, 2009 by syakeel

Pada:  Hari Ahad, 15hb November 2009.

Jam:  0700 pagi

Tempat:  Kampung Bukit Teraja, Mukim Labi, Daerah Belait.

Rombongan seramai 40 orang yang terdiri dari Pembimbing Rakan Sebaya, ahli-ahli Kelab Kembara dan juga guru-guru Ma’had Islam Brunei.  Rombongan ini di ketuai oleh Guru pengawas Pembimbing Rakan Sebaya dan juga Ketua Kelab Kembara iaitu Chegu Azmey bin Othman dan juga Pemangku Pengetua Ma’had Islam Brunei Ustazah Hjh Hamdiah bin Awg Hj Salleh.

Sebelum memulakan ekspedisi rombongan terlebih dahulu mendengar beberapa penerangan  yang penting dari Tuai Rumah Panjang Kampung Bukit Teraja, Awang Jamit anak Lasah yang mana sebelum itu menyambut kedatangan rombongan.  Beliau jugalah sebagai pemandu di sepanjang perjalanan di dalam hutan menuju ke Wasai Teraja.

Sepanjang perjalanan menuju ke Wasai Teraja banyak cabaran-cabaran yang di hadapi oleh rombongan seperti merentasi beberapa batang anak sungai.

Walaupun menempuhi beberapa cabaran akhirnya rombongan pun sampai ke tempat yang di tuju iaitu Wasai Teraja, segala penat lelah terubat apabila melihat keindahan di wasai tersebut.  Rombongan pun berehat-rehat sambil menikmati bekalan yang di bawa dan tidak lupa juga bermandi-mandi di wasai tersebut.

Setelah puas menikmati keindahan semulajadi di sana, rombongan pun berangkat pulang.  Di akhir lawatan rombongan tidak lupa mengucapkan ribuan terima kasih kepada tuai rumah panjang dengan memberikan cendera hati kenang-kenangan.

Laporan Borneo Bulletin bertarikh 20hb November 2009 disini

MAJLIS SAMBUTAN HARI GURU 2009

Posted in college on November 20, 2009 by syakeel

Pada:  Hari Sabtu, 14hb November 2009

Jam:  0800 pagi

Bertempat:  Dewan Besar Ma’had Islam Brunei.

Setelah ketibaan tetamu kehormat iaitu Pemangku Pengetua Ma’had Islam Brunei, acara pun di mulakan dengan bacaan Surah Al Fatihah yang di ketuai oleh salah seorang penuntut Thanawi 4 iaitu Md Hamizan bin Mudim Hj Amran.

Selepas itu pula ucapan dari wakil penuntut iaitu Md Alif bin Nordin.

Di antara persembahan-persembahan pada pagi tersebut adalah persembahan lagu Hari Guru dari gabungan murid-murid dan penuntut-penuntut tahun 5, 6, 7 & 8, persembahan tausyeh dari penuntut Thanawi 4, persembahan berbalas pantun dari guru-guru dan tidak lupa juga kuiz teka siapa yang di bukakan kepada semua penuntut-penuntut yang hadir.

Sebelum majlis berakhir bacaan Surah Yaasin dan doa di bacakan oleh Md Hamizan bin Mudim Hj Amran.

Sebelum keluar menikmati jamuan sessi bergambar ramai di jalankan.