Archive for July, 2009

SEMBAHYANG SUNAT GERHANA MATAHARI

Posted in Uncategorized on July 22, 2009 by syakeel

Pada:  22hb Julai 2009

Hari:  Rabu

Jam:  0915 pagi

Tempat:  Surau Blok B

Mendengar penerangan sebelum mendirikan sembahyang sunat.

Mendengar penerangan sebelum mendirikan sembahyang sunat.

Sembahyang Sunat Gerhana Matahari ini di imamkan oleh Ustaz Drs Mustakim Sariyun, Ketua Jabatan Amali & Al Quran.  Yang mana beliau juga selaku pembaca Khutbah setelah selesainya sembahyang sunat tersebut.

Mendengar khutbah.

Mendengar khutbah.

DOA KESYUKURAN

Posted in Uncategorized on July 20, 2009 by syakeel

Hari: Sabtu

Pada: 18hb Julai 2009

Tempat: Bilik Taklimat, Ma’had Islam Brunei.

IMG_4619

IMG_4601

Alhamdulillah, pada 17hb Julai yang lepas genap lah usia Ma’had Islam Brunei menjadi 19 tahun. Sempena itu Ma’had Islam Brunei telah mengadakan majlis doa kesyukuran.  Di majlis tersebut Puan Pengetua mengambil kesempatan untuk mengingati semua guru-guru untuk sama-sama lagi berusaha untuk mencapai dan meningkatkan lagi pencapaian tahap akademik di Ma’had Islam Brunei, terutama sekali dalam pencapaian peperiksaan PSR dan peperiksaan bersijil.  Majlis ini juga diteruskan dengan majlis perpisahan dan ucapan tahniah kepada guru yang baru menghabiskan latihan mengajar di Ma’had Islam Brunei.

IMG_4607

IMG_4621

BIRTHDAY GREETING TO HIS MAJESTY

Posted in Uncategorized on July 15, 2009 by syakeel

HM

Happy 63rd birthday and warmest wishes to His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah Sultan And Yang Di-Pertuan Of Negara Brunei Darussalam.

PEMERIKSAAN SUHU BADAN SETIAP PAGI

Posted in college on July 13, 2009 by syakeel

Seperti sekolah-sekolah lain, Ma’had Islam Brunei juga menjalankan pemeriksaan suhu badan bagi setiap penuntut-penuntut, guru-guru serta kakitangan-kakitangannya sebelum memasuki blok sekolah.

Salah seorang guru menjalankan pemeriksaan suhu badan.

Salah seorang guru menjalankan pemeriksaan suhu badan.

Pemeriksaan suhu badan ini di jalankan pada setiap pagi oleh guru-guru yang bertugas mengikut kumpulan masing-masing.  Pemeriksaan ini juga di jalankan pada setiap orang yang berurusan dengan pihak sekolah.

Guru-guru yang bertugas menjalankan pemeriksaan suhu badan.

Guru-guru yang bertugas menjalankan pemeriksaan suhu badan.

PERSEKOLAHAN PENGGAL KETIGA

Posted in college on July 13, 2009 by syakeel

Penggal ketiga persekolahan telah bermula pada 6hb Julai 2009 lepas.  Sempena bermula nya penggal ketiga ini Ma’had Islam Brunei telah mengadakan bacaan Surah Yassin serta sembahyang Sunat Hajat & doa bagi menjauhi dari segala bala dan penyakit khususnya penyakit Influenza A H1N1.  Sembahyang Sunat Hajat di imamkan oleh imam surau Blok A.

Sembahyang Sunat Hajat

Sembahyang Sunat Hajat.

Diakhiri dengan penerangan serba sedikit mengenai Influenza A H1N1 serta langkah-langkah bagi menghindarinya oleh Puan Pemangku Pengetua.

Puan Pemangku Pengetua

Puan Pemangku Pengetua

LAWATAN SETAUSAHA TETAP KEMENTERIAN HAL EHWAL UGAMA

Posted in college on July 13, 2009 by syakeel

IMG_4384

Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Ugama Yang Mulia Awang Haji Md Mahdi bin Pehin Orang Kaya DiGadong Seri Diraja Dato Laila Utama Haji Awang Abdul Rahman telah berkesudian membuat lawatan ke Ma’had Islam Brunei:

Pada:  1hb Julai 2009

Hari:  Rabu

Jam:  300 petang

Turut bersama di dalam rombongan lawatan adalah Pengarah Pengajian Islam serta beberapa pegawai-pegawai Jabatan Pengajian Islam.

Rombongan lawatan mendengar beberapa  penerangan dari Puan Pemangku Pengetua Ma'had Islam Brunei.

Rombongan lawatan mendengar beberapa penerangan dari Puan Pemangku Pengetua Ma'had Islam Brunei.

Acara lawatan pada petang itu di mulakan dengan penerangan ringkas mengenai Ma’had Islam Brunei oleh Puan Pemangku Pengetua.  Seterus nya rombongan berkesudian melawat persekitaran sekolah dan diakhiri dengan sembahyang fardhu Asar berjemaah disurau Blok A Ma’had Islam Brunei.

Ketika melawat didalam perpustakaan dan semabahyang fardhu Asar berjamaah.

Ketika melawat didalam perpustakaan dan sembahyang fardhu Asar berjamaah.

JADUAL UJIAN KELAYAKAN SPUB & O’LEVEL BAGI THANAWI 5 (TERBAHARU)

Posted in college on July 3, 2009 by syakeel

Dibawah adalah ralat jadual ujian kelayakan SPUB & O’ Level bagi Thanawi 5 A, B, C, D & E tahun 2009M/1430H.  Diharap semua penuntut-penuntut yang terlibat akan dapat mengambil maklum dan memberi maklum tentang  ini.  Sekian terima kasih.

Jadual Ujian 1

Jadual Ujian kelayakan 1

Jadual ujian kelayakan 2

Jadual ujian kelayakan 2

‘JUNGLE TREKKING’ DI HUTAN SIMPAN BERAKAS

Posted in Trips on July 3, 2009 by syakeel

DIKENDALIKANBahagian PRS dan Kelab Kembara Ma’had Islam Brunei.

TEMPAT: Hutan Simpan Berakas

PADA: Selasa 23hb June 2009, semasa musim cuti persekolahan penggal kedua.

DISERTAI: Guru-guru dan Penuntut-Penuntut PRS dan Kelab Kembara Ma’had Islam Brunei.

Aktibiti di mulakan dengan beberapa penerangan penting daripada Chegu Azmey bin Hj Othman selaku Penyelaras PRS dan Kelab Kembara dan selepas itu di ikuti pula sedikit penerangan mengenai teknik-teknik mengambil gambar menggunakan kamera oleh Chegu Norazlan bin Hj Ibrahim.

Aktibiti mengisi masa lapang dimusim cuti persekolahan.

Aktibiti mengisi masa lapang dimusim cuti persekolahan.

LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE KAMPUNG SUMBILING, TEMBURONG

Posted in Trips on July 3, 2009 by syakeel

DIKENDALIKAN:  U Hjh Azalinah bte Hj Ali Ahmad (Ketua Jabatan Umum) dengan kerjasama Unit Geography.

PADA:  Rabu, 17hb June 2009, cuti musim sekolah penggal kedua.

DISERTAI:  15 orang guru 13 orang penuntut dan selebihnya terdiri daripada rakan dan ahli keluarga rombongan.

OBJEKTIF:

  • Memberi pendedahan dan pengetahuan kepada penuntut secara lebih dekat lagi megenai alam flora dan fauna hutan tropika di negara Brunei Darussalam.
  • Mengeratkan silaturahim dikalangan guru dan penuntut
  • Memberi sokongan kepada kerajaan untuk memajukan industri pelancongan tempatan.

Ahli rombongan berkumpul di jeti Kianggeh sebelum jam 7.30 pagi dan bertemu dengan ketua jurupandu rombongan kami iaitu Mr.Leslie Chang dari HASA INCENTIVES SDN BHD dan menaiki ‘speedboat’ menuju ke Temburong selama 45 minit. Keadaan cuaca tidak begitu baik dan hujan dari Bandar Seri Begawan sampai tibanya kami di Pekan Bangar. Dua buah bas digunakan sebagai pengangkutan kami.Tempat pertama yang kami kunjungi di Pekan Bangar ialah ‘Temburong Tourist Information Centre’ untuk pendaftaran. Di dalam bangunan tersebut terdapat juga pelbagai jenis barang buatan tangan untuk pameran yang menarik dan unik.

Selepas pendaftaran di TTIC, kami membuat lawatan ke Muzium Warisan Temburong yang terletak tidak jauh dari TTIC. Selepas itu, kami menuju dari Pekan bangar ke Kampong Sumbiling Lama. Perjalanan sekurang-kurangnya 20 minit. Sepanjang perjalanan menuju ke Kg.Sumbiling, kami dapat melihat beberapa buah rumah panjang dan lombong batu kelikir iaitu hasil yang terkenal di daerah Temburong.

Diantara pameran yang terdapat di Muzium Warisan Temburong

Diantara pameran yang terdapat di Muzium Warisan Temburong

Kg.Sumbiling adalah sebuah kampong dimana kebanyakan penduduknya adalah puak Iban. Salah satu kawasan di Kg.Sumbiling telah diusahakan dan dijadikan salah satu tempat pelancongan dan dinamakan ‘Sumbiling Eco-Village’. Kawasan tersebut terletak berdekatan dengan sungai Temburong. Untuk sampai ke tempat tersebut, kami perlu berjalan kaki. Tempat tersebut mempunyai beberapa kemudahan seperti tandas, balai serbaguna, balai makan dan balai dapur. Selain Mr.Leslie Chang, orang kampong juga membantu menjadi jurupandu kami. Sebelum memulakan aktibiti, kami terlebih dahulu mengambil sarapan pagi yang disediakan oleh orang kampong. Alhamdulilah, cuaca pada ketika itu sungguh baik dan tidak panas.

Sumbiling Eco Village

Sumbiling Eco Village

Selepas sarapan, kami diberi taklimat oleh ketua jurupandu kami iaitu Mr.Leslie Chan. Sebelum memulakan aktibiti, kami terlebih dahulu diberi tunjuk cara membuat ‘Bamboo chicken’.Kemudian kami dibahagikan kepada 3 kumpulan. Aktibiti pertama kami ialah mendaki bukit dan mengembara didalam hutan yang terletak diseberang sungai. Kami perlu merentas sungai untuk sampai ke tempat tersebut. Walaupun air sungai tidak terlalu dalam, akan tetapi batu-batu didasar sungai sangat licin menyukarkan perjalanan dan kami perlu berhati-hati. Pengembaraan kami pun bermula. Di dalam hutan,banyak tumbuh-tumbuhan yang diperkenalkan kepada kami dan kegunaannya. Selain tumbuh-tumbuhan, kami juga diperkenalkan buah-buah yang terdapat di dalam hutan yang boleh dimakan dan juga merasainya. Sememangnya banyak yang tidak diketahui oleh kami dan dengan cara ini banyak pengajaran yang diperolehi seperti daun yang boleh dibuat sabun, ginseng dan sebagainya. Ketika mengembara di hutan, kami juga mendaki bukit dan merentas sungai iaitu sungai Motong. Pengembaraan tersebut mengambil masa selama hampir 2 jam.

Dalam perjalanan meredah hutan kami ditunjukkan beberapa jenis tanam-tanaman yang terdapat dihutan Brunei.

Dalam perjalanan meredah hutan kami ditunjukkan beberapa jenis tumbuh-tumbuhan yang terdapat dihutan Brunei.

Selepas pengembaraan hutan, kami menaiki temuai dan meneruskan aktibiti iaitu berakit atau ‘Rafting’ menyusur sungai temburong. Sebelum memulakan rafting atau floating, masing-masing diarahkan menggunkan ‘life jacket’ untuk keselamatan. Rakit tersebut diperbuat daripada buluh dan diikat mengunakan tali. Rakit tersebut hanya memuatkan seramai 3 – 4 orang sahaja. Memandangkan rakit yang disediakan sebanyak 3 sahaja dan ahli rombongan pula ramai, maka ada sebahagian ahli rombongan ‘floating’ atau terapung. Pengalaman berakit dan terapung menyeronokan kami semua. Bukan mudah sebenarnya mengendalikan pemanduan rakit. Silap pemanduan boleh menenggelamkan rakit. Begitu juga yang beraksi ‘floating’. Tidak semua pandai berenang tetapi semangat dan keyakinan diri yang kuat membang-kitkan keseronokan dan bermandikan air sungai yang sangat sejuk. Setelah tamat beraksi dan sebelum naik ke darat, masing-masing tidak melepaskan peluang bermain dan mandi di sungai.

Aktiviti berakit menyusur sungai Motong.

Aktibiti berakit menyusur sungai Motong.

Setelah masing-masing membersihkan diri, kami menikmati makan tengahari termasuk ‘Bamboo chicken’ yang rasanya sungguh sedap sehingga ada sebahagian ahli rombongan membelinya dengan harga $5 satu untuk dibawa balik. Selepas berehat dan makan tengahari, kami meninggalkan Kg.Sumbiling pada jam 4 petang. Sepanjang perjalanan menuju ke Pekan Bangar, masing-masing mula terasa penat dan berkongsi cerita mengenai pengalaman masing-masing yang akan menjadi kenangan. Sekitar jam 4.30 petang, kami bertolak dari Pekan Bangar dan sampai di Bandar Seri Begawan jam 5.15 ptg.